Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2023Read it in English

Bahagian IV · Pepasangan Berlesen dan Berdaftar

17. Pengurangan atau pemberhentian bekalan: liabiliti

Feedback & support
(1)

Mana-mana pemegang lesen boleh mengurangkan, sebagaimana yang difikirkannya patut, kuantiti elektrik yang dibekalkan kepada mana-mana pengguna jika disebabkan oleh apa-apa hal keadaan yang di luar jangkaan elektrik yang dijanakuasakan tidak mencukupi untuk membolehkan kuantiti sepenuhnya dibekalkan dengan mudah.

Bekalan Elektrik 37

(2)

Jika kuantiti elektrik telah dikurangkan seperti yang disebut terdahulu—

(a)

tiada liabiliti boleh ditanggung oleh pemegang lesen berkenaan dengan apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh pengurangan itu; dan

(b)

dalam hal yang wajar, suatu potongan pada caj bagi bekalan elektrik hendaklah dibuat berkadaran dengan pengurangan yang dibuat.

(3)

Mana-mana pemegang lesen tidak bertanggungan bagi apa-apa kerosakan kepada mana-mana orang atau apa-apa harta atau bagi apa-apa pemberhentian bekalan elektrik yang mungkin disebabkan oleh kemalangan yang tidak dapat dielakkan, rosak rosot biasa atau beban berlebihan diakibatkan oleh sambungan kelengkapan yang tidak dibenarkan, atau disebabkan oleh kehendak munasabah sistem itu, atau disebabkan oleh kecacatan pada mana-mana pepasangan yang tidak disediakan oleh pemegang lesen, tetapi hanya akan bertanggungan apabila kerosakan atau pemberhentian itu jelas kelihatan sebagai telah diakibatkan oleh kecuaian pada pihak orang yang diambil kerja oleh pemegang lesen, ejen atau pekhidmatnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau diakibatkan oleh pembinaan tidak sempurna pepasangan itu oleh pemegang lesen.

(4)

Tanpa menjejaskan subseksyen (3), pemegang lesen hendaklah membetulkan dan membaiki apa-apa kerosakan untuk memastikan keberterusan pembekalan elektrik dan, jika berkenaan, membayar pampasan bagi apa-apa kerosakan dalam tempoh sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya jika ditunjukkan bahawa kerosakan itu adalah akibat daripada kecuaian pemegang lesen, ejen atau pekerjanya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Report

Bahagian V

Kawalan Kompeten

Bahagian VI

Pembekalan Oleh Pemegang Lesen

Bahagian VII

Pemberitahuan Kemalangan atau Kebakaran

Bahagian VIII

Siasatan dan Timbang Tara

Bahagian IX

Kesalahan dan Penalti

Bahagian X

Bahagian XI

Kuasa untuk Membuat Peraturan-Peraturan

Bahagian XII

Pelbagai

Schedules