22. Menuntut daripada orang yang meninggalkan Malaysia
Feedback & supportKetua Pengarah, jika dia berpendapat bahawa seseorang hampir hendak atau mungkin meninggalkan Malaysia tanpa membayar—
semua cukai yang kena dibayar olehnya (sama ada genap masanya atau genap masanya dan kena dibayar atau tidak);
semua jumlah wang yang kena dibayar olehnya di bawah subseksyen 21(4); dan
hutang yang kena dibayar olehnya di bawah subseksyen 21B(2),
42
Undang-Undang Malaysia boleh mengeluarkan kepada mana-mana Pesuruhjaya Polis atau
Pengarah Imigresen suatu perakuan mengandungi butir-butir cukai, jumlah wang yang kena dibayar dan hutang yang kena dibayar sedemikian dengan suatu permintaan supaya orang itu ditahan daripada meninggalkan Malaysia melainkan dan sehingga dia membayar semua cukai, jumlah wang yang kena dibayar dan hutang yang kena dibayar sedemikian atau memberi cagaran dengan memuaskan hati Ketua Pengarah bagi pembayarannya.
Perakuan yang disebut dalam subseksyen (1) boleh dikeluarkan kepada mana-mana Pesuruhjaya Polis atau Pengarah Imigresen melalui perantaraan elektronik atau secara penghantaran elektronik.
Tertakluk pada sesuatu perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan buang negeri atau imigresen, mana-mana Pesuruhjaya Polis atau
Pengarah Imigresen yang menerima suatu permintaan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan mana-mana orang hendaklah mengambil atau mengarahkan supaya diambil segala langkah
(termasuk menggunakan kekerasan yang berpatutan dan merampas, mengambil atau menyimpan apa-apa perakuan pengenalan dan apa-apa pasport, permit keluar atau dokumen lain perjalanan berhubung dengan orang itu) yang perlu untuk melaksanakan permintaan itu.
Ketua Pengarah hendaklah mengarahkan supaya notis mengenai pengeluaran sesuatu perakuan di bawah subseksyen (1) disampaikan kepada orang itu sendiri atau melalui pos berdaftar kepada orang itu yang dengannya perakuan itu adalah berkaitan:
Dengan syarat bahawa tidak adanya notis itu diterima oleh orang itu tidaklah menjadikan tidak sah apa-apa jua yang dilakukan di bawah seksyen ini.
Jika seseorang yang berkenaan dengannya suatu perakuan telah dikeluarkan di bawah subseksyen (1)—
Cukai Keuntungan Harta Tanah 43
mengemukakan suatu pernyataan bertulis yang ditandatangani pada atau selepas tarikh perakuan itu oleh
Ketua Pengarah atau seorang pegawai yang diberi kuasa yang bermaksud bahawa semua cukai, jumlah wang dan hutang yang dinyatakan dalam perakuan itu telah dibayar atau bahawa cagaran telah diberi bagi pembayarannya; atau
membayar semua cukai, jumlah wang dan hutang yang dinyatakan dalam perakuan itu kepada pegawai penjaga balai polis atau kepada seorang pegawai imigresen, pernyataan itu atau pembayaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, menjadi kuasa yang mencukupi bagi membenarkan orang itu meninggalkan Malaysia.
Tiada apa-apa prosiding di sisi undang-undang boleh dimulakan atau diteruskan terhadap Kerajaan, sesuatu Kerajaan Negeri, seseorang pegawai polis atau mana-mana pegawai awam lain berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan dengan sah di sisi undang-undang di bawah seksyen ini atau subseksyen 32(2).
Dalam seksyen ini—
“orang” termasuklah pengarah suatu syarikat yang dinyatakan dalam subperenggan 5(1A) Jadual 1;
“pegawai imigresen” ertinya seorang pegawai awam yang ada mempunyai kewajipan rasmi berhubungan dengan kawalan imigresen ke Malaysia atau mana-mana bahagian Malaysia;
“Pengarah Imigresen” ertinya Pengarah Imigresen di mana-mana bahagian Malaysia;
“Pesuruhjaya Polis” termasuklah seorang Ketua Pegawai Polis.
44
Undang-Undang Malaysia