23. Menuntut cukai melalui guaman
Feedback & support(1)
Cukai yang genap masanya dan kena dibayar boleh dituntut oleh Kerajaan melalui prosiding sivil sebagai suatu hutang yang genap masanya dibayar kepada Kerajaan.
(2)
Ketua Pengarah dan semua pegawai yang diberi kuasa hendaklah disifatkan sebagai pegawai awam yang diberi kuasa oleh
Menteri di bawah subseksyen 25(1) Akta Prosiding Kerajaan 1956
[Akta 359], berkenaan dengan segala prosiding di bawah seksyen ini.
(3)
Dalam sesuatu prosiding di bawah seksyen ini mahkamah tidak boleh melayani apa-apa hujah bahawa amaun cukai yang hendak didapatkan itu adalah berlebihan, ditaksir dengan tidak betul, dalam rayuan atau dinaikkan dengan tidak betul di bawah subseksyen 21(4).