Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2026Read it in English

24. Memulangkan balik bayaran yang terlebih

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada seksyen ini, jika dibuktikan dengan memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa seseorang telah membayar cukai bagi sesuatu tahun taksiran lebih daripada amaun yang kena dibayar di bawah Akta ini, orang itu berhak mendapatkan wang yang berlebihan itu dipulangkan balik oleh Kerajaan.

(2)

Jika dalam sesuatu hal seperti tersebut dalam subseksyen (1)

wang yang berlebihan itu telah dibayar oleh pemeroleh sesuatu aset yang boleh dikenakan cukai menurut suatu taksiran yang dibuat ke atasnya di bawah subseksyen 16(1), wang yang berlebihan itu—

(a)

tidak boleh dipulangkan balik kepada pemeroleh itu melainkan jika dia memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa dia belum lagi mendapatkannya daripada pelupus di bawah subseksyen 16(3);

(b)

hendaklah dipulangkan balik kepada pelupus jika dia memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa pemeroleh

Cukai Keuntungan Harta Tanah 45

itu telah mendapatkannya daripadanya di bawah subseksyen 16(3);

(c)

hendaklah disimpan oleh Kerajaan jika Ketua Pengarah tidak berpuas hati sedemikian.

(3)

Tiada apa-apa tuntutan untuk mendapatkan pembayaran balik di bawah seksyen ini boleh menjadi sah melainkan jika tuntutan itu dibuat dalam tempoh lima tahun selepas akhir tahun taksiran yang dengannya tuntutan itu adalah berkaitan.

(4)

Seksyen ini tidak mempunyai apa-apa kuat kuasa—

(a)

untuk melanjutkan apa-apa had masa bagi merayu, mengesahkan sesuatu rayuan yang mana sebaliknya adalah tidak sah atau membenarkan penyemakan sesuatu taksiran atau perkara lain yang telah menjadi muktamad;

(b)

untuk memaksa Kerajaan memulangkan balik amaun cukai yang berlebihan yang telah dibayar berkenaan dengan sesuatu taksiran melainkan jika taksiran itu telah diputuskan dengan muktamad.

(5)

Wakil bagi seseorang yang hilang upaya atau yang mati berhak mendapat pulangan balik di bawah subseksyen (1) bagi faedah orang itu atau faedah harta pusakanya akan apa-apa bayaran yang berlebihan dalam erti subseksyen itu.

(6)

Ketua Pengarah hendaklah—

(a)

memperakui amaun apa-apa jumlah wang yang kena dibayar balik di bawah seksyen ini; dan

(b)

mengarahkan supaya pembayaran balik dibuat dengan segera.

(7)

Bagi maksud seksyen ini—

46

Undang-Undang Malaysia

(a)

sebutan mengenai pembayaran cukai termasuklah sebutan mengenai pembayaran amaun yang kena dibayar itu menurut seksyen 21B; dan

(b)

pembayaran cukai oleh wakil seseorang yang hilang upaya atau yang mati hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat oleh orang itu.

(7A)

Apa-apa jumlah lebihan berkenaan dengan cukai yang kena dibayar bagi suatu tahun taksiran yang kena dibayar balik kepada seseorang di bawah subseksyen (1) boleh digunakan oleh Ketua

Pengarah bagi bayaran—

(a)

apa-apa amaun cukai lain yang genap masa dan kena dibayar (termasuk apa-apa amaun ansuran yang genap masa dan kena dibayar) oleh orang itu di bawah Akta ini,

Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Petroleum (Cukai

Pendapatan) 1967 [Akta 543] atau Akta Cukai Aktiviti

Perniagaan Labuan 1990 [Akta 445]; atau

(b)

apa-apa amaun duti lain yang genap masa dan kena dibayar oleh orang itu di bawah Akta Setem 1949 [Akta 378].

(7B)

Jika amaun lebihan yang berkenaan dengan seseorang ditentukan menurut subseksyen 80C(1)

Akta

Setem 1949, subseksyen 111(4A) Akta Cukai Pendapatan 1967, subseksyen 50(4)

Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 atau subseksyen 12(2) Akta

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 lebihan itu hendaklah digunakan bagi pembayaran cukai yang genap masa dan kena dibayar

(termasuk apa-apa amaun ansuran yang genap masa dan kena dibayar)

oleh orang itu di bawah Akta ini.

(8)

Dalam seksyen ini—

“orang hilang upaya” ertinya seorang yang oleh sebab tidak berdaya, bankrap atau likuidasi, atau oleh sebab sesuatu sebab lain tidak berupaya menguruskan hal ehwalnya sendiri;

Cukai Keuntungan Harta Tanah 47

“wakil” ertinya mengenai seorang yang mati, wasinya, dan mengenai seorang hilang upaya, pemegang amanah, penjaga, jawatankuasa atau orang lain yang menguruskan hal ehwalnya.

Report

Bahagian IV

Penyiasatan dan Hukuman

Bahagian V

Pentadbiran dan Tambahan

Schedules