26. Peremitan
Feedback & support(1)
Cukai yang dibayar atau kena dibayar oleh seseorang boleh diremitkan, kesemuanya atau sebahagiannya—
(a)
atas alasan kemiskinan, oleh Ketua Pengarah;
(b)
atas alasan kesusahan yang tidak sewajarnya atau alasan keadilan dan ekuiti, oleh Menteri.
(2)
Jika seseorang yang telah diberi peremitan di bawah subseksyen (1) telah membayar mana-mana daripada cukai yang dengannya peremitan itu berkaitan, dia berhak mendapatkan amaun yang dia telah bayar itu dipulangkan balik kepadanya seolah-olah ianya adalah pembayaran terlebih yang baginya seksyen 24 terpakai.