Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2026Read it in English

25. Section 25

Feedback & support
(1)

Jika sesuatu aset yang boleh dikenakan cukai yang dilupuskan telah dahulunya diperoleh oleh pelupus bagi suatu balasan yang sepenuhnya atau sebahagian besarnya diperuntukkan oleh seorang yang berkaitan dalam erti Jadual 2 (melainkan sebagai suatu pinjaman bona fide yang diberi semasa menjalankan perniagaan sebagai seorang pemberi pinjam wang), aset itu hendaklah disifatkan sebagai telah dilupuskan oleh orang itu dan bukan oleh pelupus itu:

Dengan syarat bahawa jika aset yang dilupuskan itu telah diperoleh oleh pelupus itu daripada orang itu, maka orang itu hendaklah, bagi maksud menghitung sesuatu keuntungan yang terakru kepada atau kerugian yang ditanggung olehnya menurut perjalanan kuat kuasa subseksyen ini, disifatkan sebagai telah memperoleh aset itu dengan

48

Undang-Undang Malaysia suatu harga perolehan yang sama banyaknya dengan balasan itu yang, menurut perenggan 9 dan subperenggan 23(1) Jadual 2, dia disifatkan sebagai telah terima semasa aset itu diperoleh oleh pelupus itu.

(2)

Ketua Pengarah, jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa sesuatu transaksi mempunyai kesan langsung atau tidak langsung bagi—

(a)

mengubah beban cukai yang kena dibayar atau yang ditanggung oleh atau yang sebaliknya tetap telah kena dibayar atau ditanggung oleh seseorang;

(b)

melepaskan seseorang daripada apa-apa tanggungan yang telah timbul atau yang sebaliknya tetap telah timbul untuk membayar cukai atau membuat suatu penyata;

(c)

melarikan atau mengelakkan apa-apa duti atau tanggungan yang dikenakan atau yang sebaliknya tetap telah dikenakan ke atas mana-mana orang oleh Akta ini; atau

(d)

merintangi atau menghalang perjalanan kuat kuasa Akta ini dalam apa-apa hal, boleh, tanpa menyentuh sahnya transaksi itu dalam sesuatu hal lain atau bagi sesuatu maksud lain, mengenepikan atau mengubah transaksi itu dan membuat apa-apa taksiran yang difikirkannya adil dan patut dalam hal keadaan itu.

(3)

Dalam seksyen ini “transaksi” ertinya sesuatu amanah, pemberian, waad, perjanjian, perkiraan atau disposisi lain atau transaksi yang dibuat (sama ada sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini), dan termasuklah sesuatu transaksi yang dibuat oleh dua orang atau lebih dengan seorang atau beberapa orang lain.

Cukai Keuntungan Harta Tanah 49

Report

Bahagian IV

Penyiasatan dan Hukuman

Bahagian V

Pentadbiran dan Tambahan

Schedules