Skip to content

Seksyen 79

Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya Tafsiran. menghendaki makna yang lain—

of Akta Dagangan Komoditi 1985

ActRepealedProvision 80 of 142
Seksyen 79

"anggota" ertinya seorang anggota syarikat bursa;

"Jawatankuasa" ertinya Jawatankuasa Penjalanan Perniagaan yang ditubuh di bawah kaedah-kaedah syarikat bursa;

"kemungkiran", selain dari tafsiran yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2, termasuklah kemungkiran yang berbangkit dari kebankrapan atau penggulungan, mengikut mana yang berkenaan, berhubungan dengan urusan perdagangan kontrak hadapan komoditi peniaga;

"pihak menuntut" termasuklah, sekiranya dia mati, tak solven atau lain-lain ketakupayaan, wakil dirinya atau mana-mana orang lain yang mempunyai kuasa untuk mentadbirkan pusakanya.