Akta Dagangan Komoditi 1985 · As enacted · Bahagian VIII · Amalan-Amalan Dagangan
75. Section 75
Feedback & supportTiada seorangpun boleh, secara langsung atau secara tak langsung, bagi maksud-maksud mendorongi pembelian atau penjualan sesuatu kontrak hadapan, membuat—
apa-apa pernyataan yang mana, pada masa dan memandang kepada hal-keadaan dalam mana pernyataan itu dibuat, adalah palsu atau mengelirukan berkenaan dengan sesuatu fakta material dan yang dia tahu atau ada alasan-alasan yang munasabah bagi mempercayai sebagai palsu atau mengelirukan; atau
apa-apa pernyataan yang mana, oleh sebab ketinggalan sesuatu fakta material, adalah dikira palsu atau mengelirukan dan yang dia tahu atau ada alasan-alasan yang munasabah bagi mempercayai sebagai dikira palsu atau mengelirukan oleh sebab tertinggalnya fakta itu.