Akta Dagangan Komoditi 1985 · As enacted · Bahagian VIII · Amalan-Amalan Dagangan
81. Section 81
Feedback & support(1)
Kumpulan Wang Pampasan hendaklah ditadbirkan oleh Jawatankuasa itu mengikut peruntukan peruntukan Bahagian ini.
(2)
Jawatankuasa itu hendaklah bertanggungjawab kepada Lembaga Pengurusan dan hendaklah menjalankan bagi pihak Lembaga Pengurusan apa-apa kuasa, tugas dan fungsi Lembaga Pengurusan di bawah Bahagian ini sebagaimana yang diwakilkan kepada Jawatankuasa itu oleh Lembaga Pengurusan.
(3)
Tertakluk kepada apa-apa arahan Lembaga Pengurusan, Jawatankuasa itu boleh mengawalselia prosedurnya mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut.