Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian VIII · Amalan-Amalan Dagangan

85. Section 85

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap anggota hendaklah, apabila diterima menjadi anggota syarikat bursa, membayar kepada syarikat bursa bagi maksud Kumpulan Wang Pampasan, suatu amaun sebanyak tiga puluh ribu ringgit atau apa-apa amaun lain sebagaimana yang ditetapkan oleh syarikat bursa setelah diluluskannya oleh Suruhanjaya.

(2)

Pembayaran yang diperlukan di bawah subseksyen (1) hendaklah dalam wang tunai dan tidak boleh dikembalikan.

72

(2)

Kaedah-kaedah tersebut hendaklah menetapkan jenis, amaun dan kadar levi dan cara pengutipan levi, dengan syarat bahawa penetapan kadar atau apa-apa pengubahannya hendaklah tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya terlebih dahulu.

(3)

Apa-apa amaun yang kena dibayar oleh anggota-anggota syarikat bursa di bawah seksyen ini boleh dituntut dan didapatkan kembali oleh syarikat bursa sebagai hutang dalam sesuatu mahkamah.

(3)

Kaedah-kaedah itu boleh memperuntukkan pengecualian levi tersebut atau mana-mana bahagiannya mengenai apa-apa komoditi atau mana-mana anggota atau kelas anggota.

Report

Bahagian X

Bahagian X Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Schedules