Akta Dagangan Komoditi 1985 · As enacted · Bahagian VIII · Amalan-Amalan Dagangan
84. Section 84
Feedback & supportSyarikat bursa hendaklah menyimpan akaun-akaun yang patut mengenai Kumpulan Wang Pampasan bagi tiap-tiap satu tahun kewangan dan menyediakan suatu akaun hasil dan perbelanjaan dan kunci kira-kira yang disediakan hingga hari terakhir bagi tahun kewangan itu.
Syarikat bursa hendaklah melantik seorang juruaudit untuk mengaudit Kumpulan Wang Pampasan.
Juruaudit yang dilantik sedemikian itu hendak-lah mengaudit akaun Kumpulan Wang Pampasan itu pada tiap-tiap tahun dan hendaklah mengaudit dan menyediakan suatu laporan juruaudit mengenai tiap-tiap satu akaun hasil dan perbelanjaan dan kunci kira-kira yang disediakan di bawah subseksyen (1) dan hendaklah mengemukakan laporan itu kepada syarikat bursa.
Syarikat bursa hendaklah, tidak lewat daripada enam bulan selepas berakhirnya tiap-tiap satu tahun kewangan, menyebabkan satu salinan akaun hasil dan perbelanjaan serta kunci kira-kira yang telah diaudit itu dihantar kepada Suruhanjaya bersama-sama dengan laporan juruaudit itu.