Seksyen 4
Timbalan Ketua Pengarah dan pegawai lain hendaklah mempunyai kuasa Ketua Pengarah
Seseorang Timbalan Ketua Pengarah, Penolong Ketua
Pengarah, Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong Kanan Pengarah dan Penolong Pengarah Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Kastam 1967, hendaklah, tertakluk pada arahan dan pengawasan am Ketua Pengarah, mempunyai dan menjalankan semua kuasa yang diberi kepada Ketua Pengarah oleh atau di bawah Akta ini, selain kuasa yang diberikan oleh seksyen 18.
(2)
Ketua Pengarah boleh, melalui pemberian kuasa secara bertulis memberi kepada mana-mana pegawai eksais, yang bukan seorang pegawai kanan eksais, semua atau mana-mana daripada kuasa seseorang pegawai kanan eksais selama tempoh tidak melebihi sembilan puluh hari berkenaan dengan mana-mana satu pemberian kuasa.
(3)
Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, memberi kepada mana-mana pegawai eksais yang bukan seorang pegawai kanan eksais semua atau mana-mana daripada kuasa seseorang pegawai kanan eksais.