Akta Eksais 1976 · Updated to 30 Dec 2023 · Bahagian II · Pelantikan Pegawai
5A. Permohonan bagi ketetapan kastam
Feedback & supportMana-mana orang boleh memohon kepada Ketua Pengarah, dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah bersama dengan fi yang ditetapkan, bagi suatu ketetapan kastam berkenaan dengan mana-mana satu atau lebih perkara yang berikut:
penjenisan barang-barang;
prinsip-prinsip yang diterima pakai bagi maksud menentukan nilai sesuatu barang; atau 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 176
apa-apa perkara lain yang hendaklah ditetapkan oleh Ketua
Pengarah.
Permohonan di bawah subseksyen (1) boleh dibuat—
berkenaan dengan barang-barang import—
pada bila-bila masa sebelum barang-barang itu, yang menjadi hal perkara permohonan, diimport atau dimaksudkan untuk diimport ke Malaysia; atau
pada bila-bila masa kemudiannya, jika Ketua Pengarah atas budi bicaranya membenarkan; atau
berkenaan dengan barang-barang yang dikilangkan—
pada bila-bila masa sebelum barang-barang itu, yang menjadi hal perkara permohonan, dikilangkan; atau
pada bila-bila masa kemudiannya, jika Ketua Pengarah atas budi bicaranya membenarkan.
Seseorang pemohon boleh menarik balik permohonannya pada bila-bila masa sebelum sesuatu ketetapan kastam dibuat dan apa-apa bayaran yang dibuat yang berhubungan dengan permohonan bagi ketetapan kastam itu hendaklah dilucuthakkan oleh Ketua Pengarah.