Seksyen 5B
Pembuatan ketetapan kastam
Tertakluk pada subseksyen (3), Ketua Pengarah hendaklah membuat suatu ketetapan kastam berkenaan dengan apa-apa perkara yang dinyatakan dalam permohonan yang dibuat di bawah seksyen 5A dan ketetapan itu hendaklah mengikat pemohon itu.
(2)
Apa-apa ketetapan kastam boleh tertakluk pada apa-apa syarat yang Ketua Pengarah sifatkannya patut dikenakan.
Eksais 27
(3)
Ketua Pengarah boleh menolak untuk membuat ketetapan kastam jika, pada pendapatnya—
(a)
maklumat yang diberikan oleh pemohon tidak mencukupi untuk berbuat demikian;
(b)
permohonan itu adalah bagi suatu keadaan andaian; atau
(c)
suatu kajian semula atau suatu rayuan di bawah Akta ini yang melibatkan hal perkara yang dirujuk dalam permohonan itu masih belum selesai.