Skip to content

Seksyen 5

Kad kuasa, dsb., hendaklah dikemukakan

of Akta Eksais 1976

ActIn forceProvision 6 of 190
Seksyen 5
(1)

Tiap-tiap pegawai eksais apabila bertindak terhadap seseorang di bawah Akta ini hendaklah, jika tidak memakai uniform, apabila dikehendaki, menyatakan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak itu sesuatu lencana atau kad kuasa yang dia telah diarahkan supaya membawanya di bawah subseksyen 9(1) Akta Kastam 1967.

(2)

Tidaklah menjadi suatu kesalahan bagi seseorang untuk enggan mematuhi apa-apa permintaan, kehendak atau perintah yang dibuat oleh seseorang pegawai eksais yang bertindak atau berupa sebagai bertindak di bawah Akta ini, jika pegawai itu tidak memakai uniform dan enggan menyatakan jawatannya dan enggan mengemukakan lencana atau kad kuasanya apabila dikehendaki oleh orang itu.

BAHAGIAN IIA

KETETAPAN KASTAM DAN KETETAPAN UMUM