Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2023Read it in English

43. Kuasa untuk menyiasat

Feedback & support
(1)

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menyiasat pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), pegawai diberi kuasa boleh mengeluarkan perintah kepada mana-mana orang untuk membantu melaksanakan penyiasatannya dan memastikan pematuhan kepada

Akta ini.

(3)

Sebagai tambahan kepada kuasanya di bawah subseksyen (1)

dan (2), dalam apa-apa hal yang berhubungan dengan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penyiasatan boleh menjalankan segala atau mana-mana kuasa berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes-kes boleh tangkap yang diberikan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

Report