Seksyen 48B
Seksyen 48B
Jika apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda telah disita di bawah
Akta ini, pegawai diberi kuasa yang melakukan penyitaan itu boleh melepaskan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu kepada orang yang dia
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 590
tentukan sebagai berhak secara sah kepadanya, jika dia berpuas hati bahawa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu tidak dikehendaki selainnya bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan dalam keadaan sedemikian pegawai diberi kuasa yang melakukan penyitaan itu, Kerajaan, Pendaftar atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan atau Pendaftar tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu telah dibuat dengan suci hati.
(2)
Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai diberi kuasa yang melakukan pelepasan itu bagi apa-apa perkara di bawah subseksyen (1) dengan menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantar suatu salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya dalam tempoh tujuh hari dari pelepasan itu.