Seksyen 48
Senarai benda disita
ActIn forceProvision 56 of 73
Seksyen 48
(1)
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda disita di bawah seksyen 44 atau 45, pegawai yang menyita itu hendaklah menyediakan senarai benda yang disita dan dengan serta-merta menyerahkan sesalinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada penghuni premis yang digeledah, atau kepada ejen atau pekhidmatnya, di premis itu.
(2)
Jika premis itu tidak didiami, pegawai yang menyita itu hendaklah, bila masa mungkin, melekatkan senarai benda yang disita itu dengan ketara di premis itu.
Pelucuthakan buku yang disita, dsb.