Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2023Read it in English

49. Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang tahu tentang kes

Feedback & support
(1)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini boleh melalui perintah secara bertulis menghendaki kehadiran di hadapannya orang yang pada hemat pegawai diberi kuasa itu tahu tentang hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir apabila dikehendaki sedemikian.

(2)

Jika orang itu tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki, pegawai diberi kuasa itu boleh melaporkan ketidakhadiran itu kepada

Majistret yang hendaklah mengeluarkan waran untuk memastikan kehadiran orang itu.

Report