Skip to content

Seksyen 44

Penggeledahan dengan waran

of Akta Francais 1998

ActIn forceProvision 51 of 73
Seksyen 44

(1)

Jika pada hemat seseorang Majistret, berdasarkan maklumat bertulis bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan di mana-mana premis, Majistret itu boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa mana-mana pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalamnya untuk masuk ke dalam premis itu pada bila-bila masa yang munasabah sama ada pada waktu siang atau malam, dengan atau tanpa bantuan dan jika perlu dengan kekerasan.

Francais 39

(2)

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, dalam premis yang dimasuki di bawah subseksyen (1), menggeledah dan menyita—

(a)

salinan apa-apa buku, akaun atau dokumen lain, termasuk data berkomputer, yang mengandungi atau yang disyaki dengan munasabah mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan sedemikian;

(b)

apa-apa cap, papan tanda, kad, surat, risalah atau peranti atau benda lain yang menggambarkan atau membayangkan bahawa orang itu ialah francaisor, broker francais atau francaisi;

(c)

apa-apa dokumen atau barang lain yang dengan munasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.

(3)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, jika pada pendapatnya adalah dengan munasabahnya perlu untuk berbuat demikian bagi maksud penyiasatan kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada dalam atau di premis itu.

(4)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat penggeledahan tentang seseorang di bawah subseksyen (3) boleh menyita, menahan atau mengambil milik apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang dijumpai pada orang itu bagi maksud penyiasatan yang dijalankan oleh pegawai itu.

(5)

Jika, oleh sebab jenis, saiz atau jumlahnya, adalah tidak praktik untuk memindahkan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang disita di bawah seksyen ini, pegawai yang menyita itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu dalam premis atau dalam bekas yang di dalamnya ia dijumpai.

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 590

(6)

Seseorang yang, tanpa kuasa sah, memecahkan, mengusik atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (5) atau memindahkan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang dilak atau mencuba untuk berbuat demikian adalah melakukan suatu kesalahan.