Skip to content

Seksyen 50

Pemeriksaan orang yang tahu tentang kes

of Akta Francais 1998

ActIn forceProvision 62 of 73
Seksyen 50
(1)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan seseorang yang dijangka tahu akan fakta dan hal keadaan kes itu.

(2)

Orang itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab kesemua soalan berhubung dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa itu, tetapi orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya cenderung untuk mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.

(3)

Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat secara keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan-soalan.

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 590

(4)

Pegawai diberi kuasa yang memperoleh maklumat daripada seseorang hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu tentang peruntukan subseksyen (2) dan (3).

(5)

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah seksyen ini hendaklah, seboleh-bolehnya, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau ditandakan dengan cap ibu jarinya selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuatnya dan selepas dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.