Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bab 4
169. Kebertanggungan pemindah hakmilik
Feedback & supportTiap-tiap orang yang menjual atau memindahkan hakmilik mana-mana harta yang berkenaan dengannya belanja telah dilakukan oleh pemegang lesen atau pekhidmat dan ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada atau semasa melaksanakan apa-apa kerja yang, di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, boleh didapatkan daripada pemilik harta itu hendaklah terus bertanggungan bagi pembayaran semua belanja yang kena dibayar berkenaan dengan harta itu dan bagi pelaksanaan semua obligasi lain yang dikenakan oleh Akta ini ke atas pemilik harta itu yang menjadi kena dibayar atau yang hendaklah dilaksanakan pada bila-bila masa sebelum pemindahan hakmilik itu berkuat kuasa.
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh kebertanggungan pembeli atau penerima pindahan untuk membayar belanja berkenaan dengan harta yang disebut dalam subseksyen
atau menyentuh hak pemegang lesen atau pekhidmat atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk mendapatkan belanja itu daripada, atau untuk menguatkuasakan mana-mana obligasi di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya terhadap, pembeli atau penerima pindahan itu.