Seksyen 170
Pengecualian kelengkapan daripada distres dan penahanan
of Akta Industri Perkhidmatan Air 2006
ActIn forceProvision 171 of 194
Seksyen 170
Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, apabila apa-apa kelengkapan yang dipunyai oleh pemegang lesen diletakkan di
Undang-Undang Malaysia 128
dalam atau di premis yang tidak dimiliki atau dihuni oleh pemegang lesen bagi maksud perkhidmatan bekalan air atau perkhidmatan pembetungan, kelengkapan itu tidak boleh tertakluk kepada distres atau tidak boleh diambil sebagai pelaksanaan di bawah mana-mana proses mahkamah atau dalam apa-apa prosiding kebankrapan atau ketidaksolvenan terhadap mana-mana orang.