Seksyen 186
Kecualian
of Akta Industri Perkhidmatan Air 2006
Tertakluk kepada Bab 2 Bahagian ini, apa-apa pendaftaran, suruhan, tindakan, perintah, arahan, kelulusan atau keputusan yang
Industri Perkhidmatan Air 141
dilakukan, dibuat atau diberikan sebelum tarikh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan—
(a)
sistem bekalan air atau sistem pembetungan; dan
(b)
perkhidmatan bekalan air atau perkhidmatan pembetungan, yang selaras dengan Akta ini hendaklah disifatkan telah dilakukan, dibuat atau diberikan di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya berhubung dengan mereka yang tertakluk kepadanya sehingga dipinda atau dibatalkan di bawah
Akta ini atau perundangan subsidiarinya atau sehingga tarikh tamat tempoh pendaftaran, suruhan, tindakan, perintah, arahan atau keputusan itu.