Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian XIII · Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
188. Perkhidmatan bekalan air yang sedia ada
Feedback & supportSemua agensi, jabatan, lembaga air atau pihak berkuasa air Negeri yang, sebelum Akta ini mula berkuat kuasa, diberi kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk—
memiliki suatu sistem bekalan air; atau
menyediakan perkhidmatan bekalan air melalui suatu sistem bekalan air, hendaklah terus diberi kuasa di bawah Akta ini untuk memiliki atau menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang disebut terdahulu selama tempoh satu tahun dari tarikh ditetapkan atau
Undang-Undang Malaysia 142
apa-apa tempoh lain yang dilanjutkan oleh Suruhanjaya jika agensi, jabatan, lembaga air atau pihak berkuasa air Negeri itu berdaftar dengan Suruhanjaya dalam tempoh tiga bulan atau apa-apa tempoh lain yang dilanjutkan oleh Suruhanjaya selepas tarikh ditetapkan.
Pemberikuasaan yang diberikan kepada agensi, jabatan, lembaga air atau pihak berkuasa air Negeri di bawah subseksyen
hendaklah luput jika mereka tidak berdaftar dengan Suruhanjaya dalam tempoh tiga bulan atau tempoh lanjut selepas tarikh ditetapkan.
Agensi, jabatan, lembaga air atau pihak berkuasa air Negeri boleh pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh pemberikuasaan itu memohon untuk suatu lesen di bawah Akta ini untuk terus—
memiliki suatu sistem bekalan air; atau
menyediakan perkhidmatan bekalan air melalui suatu sistem bekalan air, selepas tamatnya tempoh pemberikuasaan itu.