Skip to content

Seksyen 40A

Pembaharuan kelulusan untuk mengendalikan kursus pengajian atau program latihan

of Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996

ActIn forceProvision 43 of 105
Seksyen 40A

(1)

Institusi pendidikan tinggi swasta boleh mengemukakan permohonan dalam borang yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan kepada Ketua Pendaftar bagi pembaharuan kelulusan untuk mengendalikan kursus pengajian atau program latihan tidak lewat daripada enam bulan sebelum habis tempoh kelulusan itu.

(2)

Mana-mana permohonan bagi pembaharuan kelulusan untuk mengendalikan kursus pengajian atau program latihan yang tidak dibuat dalam masa yang ditetapkan dalam subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada suatu bayaran penalti sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar.

(3)

Ketua Pendaftar hendaklah memperbaharui sesuatu kelulusan untuk mengendalikan kursus pengajian atau program latihan jika pemohon telah mematuhi semua syarat yang dikenakan oleh Ketua

Pendaftar di bawah subseksyen 40(1).

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 49

(4)

Ketua Pendaftar boleh mengenakan syarat baharu atau meminda, membatalkan, mengubah atau menambah kepada mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 40(1) apabila memperbaharui sesuatu kelulusan untuk mengendalikan kursus pengajian atau program latihan.

(5)

Sesuatu pembaharuan kelulusan untuk mengendalikan kursus pengajian atau program latihan hendaklah tertakluk kepada bayaran fi yang ditetapkan.