Skip to content

Seksyen 42

Kuasa Menteri untuk mengarahkan supaya bahasa kebangsaan digunakan

of Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996

ActIn forceProvision 45 of 105
Seksyen 42
(1)

Berkenaan dengan kelulusan yang diberikan oleh Menteri di bawah subseksyen 41(3) Menteri boleh pada bila-bila masa selepas itu mengarahkan supaya bahasa kebangsaan digunakan untuk mengendalikan kursus pengajian tersebut.

(2)

Arahan Menteri di bawah subseksyen (1)—

(a)

hendaklah terpakai hanya bagi pelajar yang merupakan warganegara Malaysia bagi pengambilan baharu institusi pendidikan tinggi swasta itu yang belum mula mengikuti kursus pengajian itu; dan

(b)

tidak terpakai bagi pelajar lain yang mengikuti kursus pengajian itu melainkan jika Menteri berpuas hati bahawa arahan itu tidak akan memudaratkan mereka.

(3)

Menteri boleh mengenakan syarat ke atas institusi pendidikan tinggi swasta bagi maksud melaksanakan arahannya di bawah subseksyen (1).

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 51