Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2019Read it in English

Bahagian VII · Pengendalian Kursus Pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta

43. Mata pelajaran wajib

Feedback & support
(1)

Semua institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah mengajar apa-apa mata pelajaran wajib yang hendaklah ditentukan oleh Ketua

Pendaftar.

(2)

Mata Pelajaran yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar di bawah subseksyen (1) hendaklah diajarkan sebagai tambahan kepada mata pelajaran atau kursus pengajian lain yang diajarkan di institusi pendidikan tinggi swasta.

(3)

Dalam hal pelajar yang merupakan warganegara Malaysia, kelulusan dalam mata pelajaran yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar di bawah subseksyen (1), pada tahap yang ditentukan oleh Ketua

Pendaftar, hendaklah menjadi pra-syarat bagi penganugerahan sijil, diploma atau ijazah institusi pendidikan tinggi swasta atau mana-mana

Universiti, Kolej Universiti, institusi pendidikan tinggi, sama ada awam atau swasta, atau badan profesional, di dalam atau di luar Malaysia, berikutan kursus pengajian atau program latihan yang dikendalikan oleh institusi pendidikan tinggi swasta itu secara bersesama atau bergabung, bersekutu atau bekerjasama dengan Universiti, Kolej Universiti, institusi pendidikan tinggi atau badan profesional itu.

(4)

Tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan, Ketua

Pendaftar boleh mengecualikan mana-mana pelajar daripada mengikuti apa-apa mata pelajaran wajib.

Report

Bahagian VIII

Disiplin dan Tatalaku Pelajar

Bahagian IX

Permit Mengajar

Bahagian X

Pembatalan Kelulusan dan Pengkenselan Pendaftaran

Bahagian XI

Penutupan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta

Bahagian XII

Pemeriksaan Institusi Pendidikan

Bahagian XIII

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XIV

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XV

Peraturan –Peraturan

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Peruntukan Kecualian dan Peralihan