Seksyen 55
Alasan bagi pengkenselan pendaftaran
of Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
Ketua Pendaftar boleh menyampaikan kepada institusi pendidikan tinggi swasta suatu notis tentang niat untuk mengkenselkan pendaftaran institusi pendidikan tinggi swasta itu jika dia berpuas hati bahawa adalah suai manfaat untuk berbuat sedemikian atas mana-mana alasan yang berikut:
64 Undang-Undang Malaysia AKTA 555
(a)
bahawa pendaftaran institusi pendidikan tinggi swasta itu telah didapatkan melalui apa-apa pernyataan palsu atau mengelirukan;
(b)
bahawa telah berlaku pelanggaran mana-mana syarat yang dikenakan oleh Ketua Pendaftar;
(c)
bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini;
(d)
bahawa institusi pendidikan tinggi swasta itu telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain;
(e)
bahawa disiplin di institusi pendidikan tinggi swasta itu tidak dikekalkan dengan sewajarnya;
(f)
bahawa peruntukan perlembagaan institusi pendidikan tinggi swasta itu sengaja diabaikan; atau
(g)
bahawa institutsi pendidikan tinggi swasta itu telah digunakan secara yang berlawanan dengan maksud penubuhannya.
(2)
Alasan di bawah perenggan 1(a) hingga (g) adalah sebagai tambahan kepada mana-mana alasan lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini.