Skip to content

Seksyen 56

Notis untuk membatalkan kelulusan dan mengkensel pendaftaran

of Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996

ActIn forceProvision 60 of 105
Seksyen 56
(1)

Notis tentang niat untuk membatalkan kelulusan di bawah seksyen 54 atau untuk mengkenselkan pendaftaran di bawah seksyen 55

hendaklah menyatakan alasan yang di atasnya pembatalan kelulusan atau pengkenselan pendaftaran itu dicadangkan.

(2)

Institusi pendidikan tinggi swasta itu hendaklah diberikan peluang untuk membuat representasi bertulis mengenainya dalam

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 65

masa dua puluh satu hari dari tarikh penyampaian notis dalam subseksyen (1).

(3)

Selepas habis tempoh dua puluh satu hari yang disebutkan dalam subseksyen (2) dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu, Ketua Pendaftar hendaklah—

(a)

berkenaan dengan pengkenselan pendaftaran, memutuskan sama ada atau tidak—

(i)

untuk meneruskan tindakan yang dicadangkan;

(ii)

untuk tidak mengambil tindakan lanjut;

(iii)

untuk menambah, menukar atau mengubah syarat pendaftaran; atau

(iv)

untuk memberikan amaran; atau

(b)

berkenaan dengan pembatalan kelulusan, membuat apa-apa syor kepada Menteri.

(4)

Institusi pendidikan tinggi swasta yang pendaftarannya telah dibatalkan oleh Ketua Pendaftar boleh merayu secara bertulis kepada

Menteri dalam masa dua puluh satu hari dari diberitahukan keputusan yang dirayukan itu.