Skip to content

Seksyen 67

Kuasa untuk menggeledah dan menyita

of Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996

ActIn forceProvision 72 of 105
Seksyen 67
(1)

Jika didapati oleh Majistret, daripada maklumat bertulis yang dibuat atas sumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa—

74 Undang-Undang Malaysia AKTA 555

(a)

mana-mana premis telah digunakan atau sedang digunakan atau hampir hendak digunakan bagi melakukan; atau

(b)

terdapat di dalam mana-mana premis keterangan yang diperlukan bagi membuktikan pelakuan, suatu kesalahan di bawah Akta ini, maka Majistret boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa pegawai penyiasat untuk, pada bila-bila masa yang munasabah sama ada siang atau malam dan sama ada dengan bantuan atau tanpa bantuan—

(aa) memasuki premis itu, dengan kekerasan jika perlu; dan

(bb) menggeledah dan menyita dan mengalihkan daripadanya apa-apa buku, buku minit, daftar, bahan, dokumen, barang atau apa-apa benda lain sama ada dalam bentuk fizikal atau medium elektronik—

(i)

yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan;

(ii)

yang berkenaan dengannya suatu kesalahan disyaki telah dilakukan; atau

(iii)

yang semunasabahnya dipercayai dapat dijadikan keterangan tentang pelakuan kesalahan itu.

(2)

Pegawai penyiasat boleh—

(a)

memecahkan mana-mana pintu luar atau pintu dalam premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau halangan lain ke premis itu supaya dapat masuk ke dalamnya;

(b)

mengalihkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pengalihan yang berkenaan dengannya dia

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 75

mempunyai kuasa di bawah subseksyen (1) untuk melakukan; dan

(c)

menahan tiap-tiap orang yang didapatinya dalam premis itu sehingga premis itu selesai diperiksa.