Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 · Updated to 1 Apr 2019 · Bahagian XIII · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
71. Section 71
Feedback & supportTiada seorang pun adalah, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa jua pun yang disita atau ditahan pada menjalankan atau berupa menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Bahagian ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain, selain perintah pemulangan benda yang disita atau ditahan itu, atau bayaran berdasarkan nilainya, melainkan jika penyitaan atau penahanan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah atau berpatutan.