Skip to content

Seksyen 70

Kuasa untuk memanggil bagi tujuan pemeriksaan

of Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996

ActIn forceProvision 75 of 105
Seksyen 70
(1)

Pegawai penyiasat boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang tahu tentang fakta dan keadaan sesuatu kes hadir di hadapannya dan untuk diperiksa secara lisan dan hendaklah mengubah ke dalam bentuk bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa sedemikian.

(2)

Orang itu hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab soalan berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai penyiasat dan untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan, dan tidak boleh enggan untuk menjawab apa-apa soalan atas alasan bahawa soalan itu mungkin menunjukkan bahawa dia bersalah.

(3)

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah ditulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan—

(a)

selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya; dan

(b)

selepas dia diberikan peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dimahukannya.

(4)

Jika orang yang diperiksa di bawah seksyen ini enggan menandatangani atau mengecapkan cap ibu jarinya atas pernyataan itu, pegawai penyiasat hendaklah mengendorskan padanya di bawah tandatangannya hakikat keengganan itu dan sebabnya, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu.

(5)

Apa-apa pernyataan yang dibuat dan direkodkan di bawah seksyen ini boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di dalam mana-mana mahkamah.

(6)

Mana-mana orang yang—

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 555

(a)

tidak hadir di hadapan seseorang pegawai penyiasat sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1);

(b)

enggan untuk menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya oleh seseorang pegawai penyiasat di bawah subseksyen (2); atau

(c)

memberikan kepada seseorang pegawai penyiasat maklumat atau pernyataan yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir material, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Tiada hak ke atas kos prosiding, kerugian atau relief lain, dsb.