Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 · Updated to 1 Apr 2019 · Bahagian XVI
90. Perlindungan daripada tindakan guaman dan prosiding undang-undang
Feedback & supportTiada tindakan boleh diambil atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dibuat terhadap Kerajaan, Menteri, Ketua Pendaftar,
Timbalan Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan Pendaftar atau
Penolong Pendaftar atau terhadap mana-mana pegawai Kerajaan atau mana-mana orang yang bertindak di bawah arahan Menteri atau Ketua
Pendaftar, di dalam mana-mana mahkamah bagi apa-apa perkara yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan di bawah Akta ini—
dengan suci hati;
dengan semunasabahnya mempercayai bahawa perkara itu perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai melaluinya; atau
bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
94 Undang-Undang Malaysia AKTA 555