Seksyen 92
Kuasa Menteri untuk mengecualikan
of Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
Menteri boleh, jika difikirkannya wajar dan demi kepentingan sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta atau demi kepentingan pelajar atau orang awam, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, mengecualikan institusi pendidikan tinggi swasta itu daripada mana-mana peruntukan Akta ini.
(2)
Pengecualian yang diberikan di bawah subseksyen (1) adalah tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan oleh Menteri dalam perintah itu.
(3)
Kuasa mengecualikan di bawah subseksyen (1) tidak termasuk peruntukan tentang kelulusan bagi penubuhan institusi pendidikan tinggi swasta dan pendaftarannya, dan peruntukan seksyen 38 dan 39.
(4)
Menteri boleh, pada bila-bila masa, menggunakan budi bicaranya membatalkan pengecualian di bawah seksyen ini atau mengubah atau menambahkan kepada syarat pengecualian itu.