Skip to content

Seksyen 93

Kehendak tentang premis

of Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996

ActIn forceProvision 99 of 105
Seksyen 93
(1)

Anggota lembaga pengarah, ketua eksekutif atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi pengurusan sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah memastikan bahawa pada sepanjang masa premis institusi pendidikan tinggi swasta itu mematuhi apa-apa piawai yang ditetapkan di bawah Akta ini.

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 95

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), jika Menteri berpuas hati berkenaan dengan mana-mana institusi pendidikan tinggi swasta bahawa setelah mengambil kira—

(a)

keadaan tapaknya;

(b)

mana-mana bangunan yang sedia ada di atas tapak itu; atau

(c)

hal keadaan tertentu yang lain yang menyentuh premis itu, adalah tidak munasabah dalam keadaan yang sedemikian untuk menghendaki institusi pendidikan tinggi swasta itu mematuhi keperluan dalam peraturan-peraturan mengenainya dalam apa-apa aspek tertentu, maka Menteri boleh mengarahkan supaya premis itu disifatkan mematuhi piawai yang ditetapkan jika sebagai ganti pematuhan kepada piawai yang ditetapkan itu, premis itu mematuhi apa-apa kehendak lain yang ditentukan dalam arahan itu.