Seksyen 10
Pengosongan jawatan
of Akta Institut Koperasi (Pemerbadanan) 1968 (DISEMAK—2025)
ActIn forceProvision 10 of 41
Seksyen 10
Jawatan seseorang anggota Lembaga yang disebut dalam subseksyen 7(1) hendaklah menjadi kosong—
(a)
apabila anggota itu mati;
(b)
apabila anggota itu meletakkan jawatan melalui surat yang dialamatkan kepada Menteri; atau
(c)
apabila habis tempoh pelantikannya atau pelantikannya dibatalkan.