Skip to content

Seksyen 13

Penzahiran kepentingan

of Akta Institut Koperasi (Pemerbadanan) 1968 (DISEMAK—2025)

ActIn forceProvision 13 of 41
Seksyen 13
(1)

Seseorang anggota Lembaga yang mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui pekongsinya—

(a)

apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau pengusahaan yang dengannya Lembaga bercadang untuk membuat kontrak; atau

(b)

apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh

Lembaga, hendaklah menzahirkan kepada Lembaga mengenai hakikat dan jenis kepentingannya.

(2)

Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.

(3)

Tiada tindakan atau prosiding Lembaga boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga telah melanggar seksyen ini.