Skip to content

Seksyen 8

Seseorang hendaklah hilang kelayakan daripada dilantik atau menjadi anggota Lembaga—

of Akta Institut Koperasi (Pemerbadanan) 1968 (DISEMAK—2025)

ActIn forceProvision 8 of 41
Seksyen 8

(a)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan rasuah;

(iii)

suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau

(iv)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda, selama lebih daripada dua tahun;

(b)

jika dia menjadi bankrap; atau

(c)

jika dia telah didapati atau diisytiharkan sebagai tidak sempurna akal atau selainnya menjadi tidak berupaya untuk menguruskan hal ehwalnya.