Akta Institut Koperasi (Pemerbadanan) 1968 (DISEMAK—2025) · Updated to 14 May 2025 · Bahagian III · Lembaga Institut
12. Mesyuarat Lembaga
Feedback & supportLembaga hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu tetapi tidak kurang daripada empat kali setahun bagi maksud mempertimbangkan aktivitinya.
Kuorum Lembaga ialah tujuh.
Jika mengenai apa-apa persoalan yang hendak ditentukan oleh Lembaga terdapat undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
Lembaga hendaklah menyebabkan minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
Apa-apa minit mesyuarat Lembaga yang dibuat boleh, jika ditandatangani dengan sewajarnya oleh Pengerusi, diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat Lembaga yang berkenaan dengannya minit mesyuarat telah dibuat hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Undang-Undang Malaysia 16