Skip to content

Seksyen 18

Jawatankuasa Pengajian

of Akta Institut Koperasi (Pemerbadanan) 1968 (DISEMAK—2025)

ActIn forceProvision 18 of 41
Seksyen 18
(1)

Bagi maksud menjalankan fungsinya di bawah perenggan 5(a), Lembaga hendaklah melantik suatu Jawatankuasa

Pengajian yang hendaklah membuat syor kepada Lembaga mengenai sukatan pelajaran yang sesuai yang dikehendaki berkenaan dengan apa-apa kursus pengajian, cara yang peperiksaan bagi penganugerahan apa-apa diploma berkenaan dengan apa-apa kursus pengajian boleh dikendalikan, dan mengenai apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan apa-apa kursus pengajian sebagaimana yang boleh dirujuk oleh Institut kepada Jawatankuasa Pengajian.

(2)

Jawatankuasa Pengajian hendaklah termasuk orang yang berikut:

(a)

Ketua Pengarah yang hendaklah menjadi Pengerusi

Jawatankuasa Pengajian;

(b)

Timbalan Ketua Pengarah;

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 865

(c)

seorang wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia;

dan

(d)

dua orang wakil daripada mana-mana institusi pengajian tinggi.

(3)

Seorang pegawai kanan Institut hendaklah dilantik sebagai

Setiausaha kepada Jawatankuasa Pengajian.

(4)

Tertakluk pada apa-apa arahan yang diberikan oleh Institut,

Jawatankuasa Pengajian hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.

(5)

Pengerusi Jawatankuasa Pengajian boleh mengundang mana-mana orang lain untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa

Pengajian untuk memberikan nasihat mengenai perkara yang berhubungan dengan apa-apa kursus pengajian sebagaimana yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa Pengajian.