Skip to content

Seksyen 48

Pemindahmilikan harta

of Akta Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016

ActIn forceProvision 48 of 56
Seksyen 48
(1)

Semua tanah yang sebelum tarikh permulaan kuat kuasa terletak hak pada, atau dirizabkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah bagi maksud Lembaga yang dibubarkan hendaklah pada tarikh permulaan kuat kuasa terletak hak pada atau disifatkan sebagai dirizabkan bagi maksud Institut.

(2)

Semua harta dan aset, selain tanah, yang sebelum tarikh permulaan kuat kuasa terletak hak pada Lembaga yang dibubarkan atau pada mana-mana orang bagi pihak Lembaga yang dibubarkan hendaklah pada tarikh permulaan kuat kuasa terletak hak pada

Institut.