Skip to content
In forceUpdated to 30 Sep 2016Read it in English

Bahagian VII

53. Penerusan permohonan, dsb., yang belum selesai

Feedback & support
(1)

Semua permohonan, kelulusan dan keputusan, atas rayuan atau selainnya, yang belum selesai di hadapan Lembaga yang dibubarkan hendaklah pada tarikh permulaan kuat kuasa diuruskan oleh Institut.

(2)

Semua permohonan, kelulusan dan keputusan, atas rayuan atau selainnya, yang belum selesai di hadapan Menteri di bawah

Akta yang dimansuhkan hendaklah pada tarikh permulaan kuat kuasa diuruskan oleh Menteri di bawah Akta ini.

(3)

Semua surat cara, perakuan dan dokumen yang diserah simpan dengan Lembaga yang dibubarkan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa hendaklah pada tarikh permulaan kuat kuasa diserah simpan dengan Institut.

Report