Skip to content

Seksyen 54

Penerusan prosiding sivil dan jenayah

of Akta Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016

ActIn forceProvision 54 of 56
Seksyen 54
(1)

Tiada apa-apa yang terkandung dalam Akta ini boleh menyentuh liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa, atau apa-apa prosiding yang dibawa sebelum tarikh permulaan kuat kuasa berkenaan dengan kesalahan sedemikian.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 35

(2)

Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebelum tarikh permulaan kuat kuasa oleh atau terhadap Lembaga yang dibubarkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga yang dibubarkan boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap

Institut sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Institut atau orang sedemikian jika Akta ini tidak dibuat.

(3)

Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran merayu yang dipohon pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa terhadap suatu keputusan yang diberikan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa itu dalam mana-mana prosiding undang-undang yang Lembaga yang dibubarkan menjadi pihak kepadanya boleh dibawa oleh atau terhadap Institut.