Skip to content

Seksyen 51

Keanggotaan Lembaga yang dibubarkan

of Akta Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016

ActIn forceProvision 51 of 56
Seksyen 51
(1)

Semua anggota dan anggota silih ganti Lembaga yang dibubarkan yang dilantik di bawah Akta yang dimansuhkan dan semua anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah

Akta yang dimansuhkan, yang memegang jawatan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa hendaklah terhenti memegang jawatan pada tarikh permulaan kuat kuasa itu.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menjejaskan kebertanggungjawaban anggota Lembaga yang dibubarkan yang tamat tempoh jawatannya dan dengan seberapa segera yang boleh dilaksanakan selepas tarikh permulaan kuat kuasa, Lembaga yang dibubarkan hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada Menteri suatu laporan termasuk penyata kewangan yang dikehendaki di bawah Akta yang dimansuhkan, tetapi laporan itu hendaklah terhad kepada tempoh dari 1 Januari tahun yang berkenaan sehingga tarikh sebelum tarikh permulaan kuat kuasa.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), Lembaga yang dibubarkan hendaklah terus wujud bagi maksud subseksyen (2).

Undang-Undang Malaysia 34

Akta 782