Seksyen 55
Pengesahan dan tanggung rugi
of Akta Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016
Walau apa pun tiada apa-apa peruntukan tentang pengenaan dan pemungutan fi oleh Lembaga yang dibubarkan kecuali bagi penetapan fi di bawah seksyen 22 Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia 1985, fi yang berikut hendaklah disifatkan telah dikenakan dan dipungut dengan sah:
(a)
fi kemasukan yang telah dikenakan dan dipungut oleh
Lembaga yang dibubarkan sepanjang tempoh dari 1 November 1996; dan
(b)
fi atau caj lain bagi apa-apa penggunaan kemudahan yang telah dikenakan dan dipungut oleh Lembaga yang dibubarkan sepanjang tempoh dari 1 Januari 1986, sehingga hari sebelum tarikh permulaan kuat kuasa.
(2)
Tiada tindakan atau prosiding undang-undang boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan terhadap Lembaga yang dibubarkan atau mana-mana pegawai Lembaga yang dibubarkan atau mana-mana orang yang bertindak di bawahnya berkenaan dengan apa-apa fi atau caj yang dikenakan dan dipungut, dan jika apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang sedemikian telah dibawa, dimulakan atau dikekalkan, ia hendaklah dibatalkan dan dijadikan tidak sah dan tiada pembayaran balik berkenaan dengan fi atau caj yang telah dikenakan dan dipungut sebagaimana yang dinyatakan dalam
Akta ini boleh dibuat.
Undang-Undang Malaysia 36
Akta 782
Sebutan dalam undang-undang atau dokumen mengenai