Skip to content

Seksyen 13

of Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993

ActIn forceProvision 13 of 44

Seksyen 13

Jika pembatalan sesuatu lesen yang diberikan di bawah seksyen 6 telah mula berkuat kuasa, atau tempoh yang dikenakan ke atas sesuatu lesen sebagai had di bawah seksyen 9 telah habis, atau suatu penyerahan balik di bawah seksyen 12 telah mula berkuat kuasa, syarikat yang kepadanya lesen itu telah diberikan hendaklah dengan itu serta-merta terhenti menjalankan apa-apa perniagaan yang berkenaan dengannya lesen itu telah diberikan.