Skip to content

Seksyen 6

Pemberian atau keengganan memberikan lesen

of Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993

ActIn forceProvision 6 of 44
Seksyen 6
(1)

Apabila sesuatu permohonan berserta dengan dokumen dan maklumat yang dikehendaki di bawah seksyen 5 diterima,

Pengawal boleh memberikan lesen, dengan atau tanpa syarat, atau dia boleh enggan memberikan lesen tanpa memberi apa-apa sebab bagi keengganan itu.

Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 15

(2)

Pengawal boleh, pada memberikan lesen di bawah subseksyen

(1)

, menghendaki pemohon membayar apa-apa amaun fi yang ditetapkan.

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), fi yang berlainan boleh ditetapkan berkenaan dengan golongan, kategori atau perihal pemohon yang berlainan.

(4)

Mana-mana pemegang lesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat lesen yang dikenakan oleh Pengawal di bawah subseksyen

(1)

melakukan suatu kesalahan.