Seksyen 18
of Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993
ActIn forceProvision 18 of 44
Seksyen 18
(1)
Mana-mana orang yang merundingkan jualan pintu ke pintu hendaklah menunjukkan kepada bakal pembeli—
(a)
kad pengenalan pendaftaran negaranya; dan
(b)
kad kuasanya yang hendaklah mengandungi apa-apa maklumat sebagaimana yang ditetapkan.
22
Undang-Undang Malaysia
Akta 500
(2)
Mana-mana orang yang gagal mengemukakan kad pengenalan pendaftaran negara atau kad kuasanya atau yang mengemukakan kad kuasa yang mengandungi apa-apa maklumat palsu atau yang mengelirukan melakukan suatu kesalahan.
(3)
Mana-mana orang yang mengeluarkan apa-apa kad kuasa yang mengandungi apa-apa maklumat palsu atau yang mengelirukan melakukan suatu kesalahan.