Seksyen 20
Kandungan iklan dalam jualan pesanan pos
of Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993
Sesuatu iklan oleh mana-mana orang untuk membekalkan barang-barang atau perkhidmatan melalui pesanan pos hendaklah mengandungi—
(a)
nama dan nombor lesen orang itu;
(b)
alamat orang itu, yang tidak boleh merupakan suatu nombor peti surat;
(c)
nombor telefon orang itu;
(d)
perihal terperinci barang-barang yang ditawarkan atau perkhidmatan yang hendak diberikan;
Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 23
(e)
tempat dan masa suatu sampel barang-barang itu boleh diperiksa;
(f)
harga barang-barang atau perkhidmatan itu;
(g)
kos penghantarserahan, jika ada, dan cara penghantarserahan, barang-barang itu; dan
(h)
masa barang-barang atau perkhidmatan itu dapat dijangkakan akan dihantarserahkan atau dilaksanakan.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.